Mengenai Saya

Terima kasih atas kunjungan ke situs ini.

Perkongsian Ilmu
Saya terpanggil untuk menyusun arkib maklumat mengenai angin ahmar dan cara-cara mengubati ibu saya yang mengidap angin ahmar semenjak 20 Februari 2011. Perkongsian ilmu adalah kewajipan setiap insan dan mohon sentiasa mendapat hidayah dari pencipta kita, Allah S.W.T. (Sila rujuk Dalil Perkongsian Ilmu)


Kejadian Angin Ahmar ke atas Ibu saya
Pada hari kejadian saya baru pulang 3 hari dari melawat ibu saya di Alor Setar. Kejadian pada mulanya berlaku sekitar jam 5 pagi, ketika ibu saya tersedak air liur ketika di dalam tidurnya. Apabila tersedak dia dengan secara tidak sengaja terjatuh tersembam ke lantai kerana cuba bangun untuk membetulkan duduk. Pada ketika itu, kata ibu, dia terasa kaki dan tangan kiri kebas dan kakinya seperti tidak berpijak ke lantai, hingga menyebabkan beliau terhumban. Ibu saya juga cuba memanggil-manggil adik-adik saya tetapi dek kerana suaranya yang garau dan tidak jelas, hampir kesemua ahli keluarga tidak mendengarnya kecuali anak saudara saya, Neilofar.

Hampir beberapa minit juga keadaan menjadi panik, tetapi ibu saya tetap tenang dan pada ketika itu, adik saya memberitahu suaranya sudah tidak kedengaran dan ibu seakan-akan tidak bermaya lagi. Ambulan dihubungi dan hanya selepas 1 jam baru ambulan dari Hospital Sultanah Bahiyah  tiba di depan rumah. Barang-barang keperluan asas ibu dimasukkan sekali ke dalam ambulan dan kedua-dua adik saya terus ikut serta ke hospital.

Mengikut kedua-dua adik saya, pihak hospital mengambil masa hampir dua jam untuk menentukan keadaan sakit ibu saya. Kemudiannya barulah ibu saya dihantar untuk X-Ray jantung dan otaknya. Dan setelah beberapa jam kemudian, barulah ibu dimasukkan ke wad. Pada ketika itu, keadaan ibu telah koma seratus peratus dan hanya bernafas dengan bantuan pernafasaan gas oksigen.

Apabila saya mendapat berita tersebut daripada adik-adik saya, saya terus mengambil keputusan pulang ke Alor Setar, Kedah bagi melihat keadaan sebenar dan bersedia dengan apa jua kemungkinan. Ibu mulai sedar pada hari yang sama tetapi keadaan beliau sangat kritikal dan masih di bawah pemerhatian doktor sepenuhnya. Apabila ibu bercakap dengan kami, suaranya susah nak difahami dan beliau meminta saya membawa 'marker' dan 'whiteboard' kecil dari rumah untuk memudahkan kami berkomunikasi. Pada ketika itu tulisannya pun tidak jelas kerana otaknya masih tidak kuat dan agak lambat memberi tindak balas. Dan kami perlu bersabar dan bertanya beberapa kali dan dia memberitahu dalam keadaan lidahnya yang pendek. Pipi kirinya juga senget sebelah dan wajahnya kusut sekali. Badan menjadi berat dan keras terutamanya sebelah kiri.

Setelah 10 hari di dalam hospital, saya menjaganya dan melihat perkembangan ibu saya. Ibu tidak banyak bercakap dan hanya memberi isyarat dengan anak mata kerana badannya masih lemah.

Ibu adalah pejuang, itulah yang saya lihat denagn mata kepala saya sepanjang sepuluh (10) hari menjaganya di hospital kerajaan.


Masuk Semula ke Hospital untuk kali ke-2
p/s: *Akan sambung lagi



Bulan Kelima
Ibu telah pelbagai cara perubatan saintifik dan islam yang melibatkan angin ahmar. Dan setelah kini masuk bulan keenam, saya masih mencari-cari jalan dan cara supaya ibu saya lekas sembuh, kerana saya benar-benar ingin melihat dia sihat dan aktif seperti sedia-kala. Saya tidak sanggup melihat dia sentiasa menangis bila mengenangkan kisah lalu atau apa-apa kesedihannya.


Pada 20 Julai - 29 Julai 2011, saya berkesemptan untuk pulang melawat dan menjaga ibu. Sempat juga menyambut belated Burstday Bash di hospital. Saya belikan kek coklat yang dipenuhi chocolate rice dan ditulis Happy Burthday Kartini Aziz & Neilofar Eiyanis (kerana anak saudara saya juga menyambut ulangtahun pada bulan yang sama).

Pada hari ini, saya mengambil keputusan mencari dan menyusun maklumat untuk panduan saya sendiri dan ibu saya serta secara tidak langsung kepada pesakit angin ahmar dan keluarga di luar sana.


Ben Ramlee
9 Ogos 2011